Terma & Syarat Penggunaan
Kemaskini terakhir: 13 Mei 2026
1. Penerimaan
Dengan menggunakan Kliqoo, anda bersetuju untuk terikat dengan terma ini. Jika tidak bersetuju, sila berhenti menggunakan perkhidmatan kami.
2. Kelayakan
Anda mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, mempunyai akaun bank tempatan yang sah dan IC yang masih sah.
3. Aktiviti yang dilarang
- Penggunaan bot, skrip auto-klik atau VPN untuk menjana klik palsu
- Mencipta akaun berganda
- Memanipulasi sistem referral atau menyalahgunakan link rotator
- Menyebarkan link kepada audiens yang tidak relevan (spam)
Pelanggaran akan mengakibatkan akaun digantung dan baki dilucutkan tanpa notis.
4. Bayaran
Reward dilepaskan ke baki tersedia secara automatik antara 24–72 jam selepas klik. Pengeluaran minimum RM15 dengan caj pemprosesan RM1. Pembayaran ke akaun bank dalam 1-2 hari bekerja.
5. Advertiser
Advertiser bertanggungjawab penuh ke atas kandungan link mereka. Kliqoo berhak menolak campaign yang melanggar undang-undang Malaysia, mengandungi penipuan, judi, ubat-ubatan tanpa lesen atau bahan tidak senonoh.
6. Cukai
Pengguna bertanggungjawab melaporkan pendapatan mereka kepada LHDN. Pendapatan melebihi RM34,000 setahun adalah tertakluk kepada cukai pendapatan.
7. Penamatan
Kami berhak menamatkan akaun anda pada bila-bila masa atas sebab yang munasabah, termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan, pelanggaran terma atau permintaan pihak berkuasa.
8. Pengubahsuaian
Terma ini boleh dikemaskini dari semasa ke semasa. Pengguna akan dimaklumkan melalui notifikasi dalam aplikasi.