
Marketplace Digital Malaysia — KLIQOO
KLIQOO ialah marketplace digital Malaysia & Asia Tenggara untuk membeli dan menjual produk digital, servis, sistem SaaS/web app dan produk fizikal. Bayar FPX tempatan atau kad antarabangsa; harga dipaparkan dalam MYR, USD, SGD dan IDR. Akses serta-merta, dan peluang jana pendapatan untuk semua.
Apakah itu marketplace digital?
Marketplace digital ialah platform dalam talian yang memudahkan pembeli dan penjual berurus niaga produk digital — fail yang boleh dimuat turun, akses perisian, atau servis dalam talian. Di KLIQOO, pembeli dapat produk serta-merta selepas bayar, manakala penjual boleh membuka kedai tanpa kos pendaftaran dan menerima bayaran terus ke akaun bank Malaysia.
Jenis produk yang dijual di KLIQOO
KLIQOO menyokong lima kategori produk utama, menjadikannya platform yang paling serba lengkap untuk pasaran digital Malaysia:
Produk Digital
Lembaran kerja, ebook, template, grafik dan nota — muat turun serta-merta.
Servis Profesional
Reka grafik, penulisan, editing dan servis kreatif lain — urus terus dengan penjual.
Sistem SaaS / Web App
Akses kepada sistem dan aplikasi web untuk keperluan bisnes dan produktiviti.
Produk Fizikal
Barangan dihantar melalui Pos Laju ke seluruh Malaysia dengan waybill automatik.
Produk Percuma
Sumber digital RM0 — ambil percuma, satu tuntutan setiap pengguna.
Cara jana pendapatan di KLIQOO
Sesiapa sahaja boleh jana pendapatan di KLIQOO. Sebagai penjual, anda muat naik produk dan terima bayaran setiap jualan. Sebagai afiliat, anda Kongsi pautan produk dan dapat komisyen. Program Refer & Earn juga memberi 1% seumur hidup apabila anda mengajak rakan sertai platform.
Jadi Penjual
Jual produk digital, servis, sistem SaaS atau produk fizikal. Platform hanya mengenakan yuran apabila anda berjaya menjual — tiada kos pendaftaran.
Jadi Afiliat
Promosikan produk pilihan anda dan dapatkan komisyen setiap jualan. Klik dijejaki selama 30 hari, jadi anda tetap dibayar walaupun pembeli kembali beberapa hari kemudian.
Selamat dan dipercayai
Pembayaran diproses melalui FPX dengan pengesahan Herepay untuk pembeli Malaysia, atau kad antarabangsa melalui Stripe untuk pembeli luar negara. Produk disemak oleh pasukan moderasi HQ sebelum disiarkan. Pembeli dilindungi dengan tempoh pemulangan wang, dan penjual dilindungi dengan lejar dompet telus serta pengeluaran ke bank tempatan.
Produk Popular





Wedding Coloring Book PDF, Printable Romantic Bridal Coloring Pages, Cozy Wedding Activity Book for Adults, Digital Download Flowers Hearts
Lanford Kek Mark Bookstore

Snap Studio AI – Tools Edit Foto AI Online | 12 Jenis Foto, Foto Produk, Fashion, Pre-Wedding & Jasa Edit Foto AI
Smart income mastery


*FREE 10 BONUS STARTER KIT* | EBOOK CARA BUAT RM100 SEHARI TANPA TUNJUK MUKA - KHAS UNTUK INTROVERT
Therapist Digistore


Soalan Lazim
- Adakah KLIQOO percuma untuk digunakan?
- Ya, mendaftar akaun di KLIQOO adalah percuma. Pembeli hanya bayar untuk produk yang dibeli. Penjual dikenakan yuran 8% hanya apabila berjaya menjual — tiada kos langganan.
- Bagaimana pembayaran dilakukan?
- Pembeli Malaysia bayar melalui FPX (transfer bank online) menggunakan Herepay. Pembeli antarabangsa boleh bayar dengan kad melalui Stripe. Harga dipaparkan dalam MYR, USD, SGD dan IDR; transaksi sebenar dalam Ringgit Malaysia (RM).
- Adakah produk boleh dipulangkan?
- Ya, terdapat tempoh pemulangan wang yang dipaparkan pada setiap pesanan. Produk digital yang telah dimuat turun berlebihan atau servis yang telah dimulakan mungkin tidak layak untuk pemulangan penuh.
- Bolehkah saya jual produk di KLIQOO?
- Ya, sesiapa sahaja boleh membuka kedai di KLIQOO. Daftar akaun, lengkapkan profil kedai, muat naik produk, dan pasukan HQ akan menyemak sebelum produk disiarkan.