Panduan Afiliat

Cara Jana Pendapatan Sebagai Afiliat di Malaysia

Diterbitkan pada 22 Ogos 2026

Tanpa modal dan tanpa produk sendiri — begini cara jana komisyen dengan mempromosi produk digital orang lain di Malaysia.

Apa itu afiliat?

Afiliat ialah orang yang mempromosi produk penjual lain dan menerima komisyen setiap kali ada jualan melalui pautan mereka. Tiada modal, tiada stok, tiada urusan penghantaran.

Langkah 1: Dapatkan pautan anda

Setiap akaun KLIQOO automatik jadi akaun afiliat. Buka mana-mana produk, tekan butang kongsi, dan pautan unik anda terus terjana lengkap dengan gambar produk untuk perkongsian media sosial.

Langkah 2: Pilih produk yang betul

  • Komisyen tinggi tidak semestinya terbaik — produk yang benar-benar berguna lebih mudah dijual
  • Produk bawah RM50 biasanya paling laju terjual
  • Produk percuma pun berbaloi dikongsi: orang yang daftar melalui pautan anda kekal sebagai rujukan anda

Langkah 3: Promosi yang menjadi

  • Tulis pengalaman sebenar guna produk itu
  • Kongsi dalam kumpulan yang memang perlukan bahan tersebut
  • Buat kandungan pendek: masalah, penyelesaian, pautan

Langkah 4: Faham cara komisyen dikira

Komisyen dikira daripada harga yang dibayar pembeli. Pautan anda kekal sah selama 30 hari, jadi pembeli yang balik semula kemudian tetap dikira milik anda.

Refer & Earn

Selain komisyen produk, anda juga dapat bahagian daripada pembelian orang yang anda bawa masuk ke platform. Semakin ramai anda bawa, semakin banyak sumber pendapatan pasif.

#afiliat#komisyen#pendapatan pasif